KOTA KINABALU 10 Mei - Seorang wanita dijadikan tebusan oleh seorang perompak selepas melakukan jenayah pecah rumah di sebuah taman perumahan di Jalan Kolam, Luyang, di sini malam ini.
Kejadian tragik itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 7.45 malam ketika keluarga tersebut sedang berehat di rumah.
Sumber berkata, ahli keluarga mangsa yang menyedari kehadiran suspek kemudian menghubungi polis.Menurutnya, sebaik sahaja ketibaan pasukan polis, suspek yang terkejut dan panik bertindak mengambil wanita itu untuk dijadikan tebusan.
"Wanita itu diacukan senjata tajam dipercayai pisau di bahagian leher," katanya ketika dihubungi di sini malam ini.
Sementara itu, di lokasi kejadian, laluan di sekitar perumahan itu ditutup dan pihak polis sedang melakukan rundingan bagi membebaskan wanita tersebut
. - UTUSAN ONLINE
© Utusan Melayu (M) Bhd
Sumber : Utusanonline
0 comments: