KOTA KINABALU 10 Mei - Insiden tebusan di Jalan Kolam, Luyang di isni berakhir dengan pembebasan seorang wanita dan penahanan seorang penjenayah.
Mangsa, Chong Chew Yee, 26, yang tidak mengalami sebarang kecederaan berjaya dibebaskan setelah pihak polis melakukan rundingan selama dua jam.
Pemangku Ketua Polis daerah, Superintenden George Abd. Rakman dalam sidang akhbar selepas insiden berkata, pihak polis berjaya menenangkan suspek agar tidak bertindak melulu sebelum menahannya ketika menyerah diri.
© Utusan Melayu (M) Bhd
Sumber : Utusanonline
0 comments: