Monday, August 28, 2017


Lirik Lagu Kamu Kamu Kamu  
AYU TING-TING


Kamu kamu kamu
Kamu keterlaluan
Kalau ketemu maunya dimanja

Aduh aduh aduh
Aduh kacau jadinya
Membuat diriku semakin cinta

Senada seirama
Hati kita menyatu
Betapa indahnya kemesraan
Membuat diriku bahagia

Kau sangat menggoda
Buatku gelisah oh sungguh
Kau lelaki sempurna
Membuatku tergila-gila

Kamu kamu kamu
Kamu keterlaluan
Kalau ketemu maunya dimanja

Aduh aduh aduh
Aduh kacau jadinya
Membuat diriku semakin cinta

Kamu kamu kamu
Kamu pandai merayu
Buatku terhanyut dalam buaianmu

Aduh aduh aduh
Aduh tak tahan lagi
Ingin rasanya semua terulang lagi

Senada seirama
Hati kita menyatu
Betapa indahnya kemesraan
Membuat diriku bahagia

Kau sangat menggoda
Buatku gelisah oh sungguh
Kau lelaki sempurna
Membuatku tergila-gila

Kamu kamu kamu
Kamu keterlaluan
Kalau ketemu maunya dimanja

Aduh aduh aduh
Aduh kacau jadinya
Membuat diriku semakin cinta

Kamu kamu kamu
Kamu pandai merayu
Buatku terhanyut dalam buaianmu

Aduh aduh aduh
Aduh tak tahan lagi

Ingin rasanya semua terulang lagi

  Bojo Galak

Lirik Lagu Pendhoza - Bojo Galak

wis nasibe kudu koyo ngene
nduwe bojo kok ra tau ngapenake
seneng muring, omongane sengak
kudu tak trimo, bojoku pancen galak

saben dino rasane ora karuan
ngerasake bojoku sing ra tau perhatian
nanging piye maneh atiku wes kadung tresno
senajan batinku ngampet ono njero dada

yo wes ben nduwe bojo sing galak
yo wes ben sing omongane sengak
seneng nggawe aku susah
nanging aku wegah pisah

tak tompo nganggo tulus ing ati
tak trimo sliramu tekan saiki
mungkin wes dadi jodone
senajan kahanane koyo ngene

sungguh keterlaluan bojoku sing saiki
kliru sitik wae aku mesti diseneni
ameh dolan ro konco kok ora diolehke
senenange nuduh dikira lungo ro liyane

yen wes ngono aku mung bisa meneng
tak jelasno malah mung nggawe kowe sepaneng
di matamu aku iki ora tau bener
kabeh mbok salahno, rumangsa wes paling pinter

yo wes ben nduwe bojo sing galak
yo wes ben sing omongane sengak
seneng nggawe aku susah
nanging aku wegah pisah

tak tompo nganggo tulus ing ati
tak trimo sliramu tekan saiki
mungkin wes dadi jodone
senajan kahanane koyo ngene

ibarate dele sing uwis dadi tempe
kudu tak lakoni yen pancen ngene dalane
abote nduwe bojo sing galak
lek ra keturutan senengane mencak-mencak

ra usah digetuni aku kudu kuat ati
nganti tekan mati sliramu tetep nang ati
distel kendo wae, tak nikmati uripe
senajane galak bojoku pancen sing ayu dhewe

kuat dilakoni, lek ra kuat ditinggal ngopi
tetep cinta senajan bojoku galak

yo wes ben nduwe bojo sing galak
yo wes ben sing omongane sengak
seneng nggawe aku susah
nanging aku wegah pisah

tak tompo nganggo tulus ing ati
tak trimo sliramu tekan saiki
mungkin wes dadi jodone
senajan kahanane koyo ngene

yo wes ben nduwe bojo sing galak
yo wes ben sing omongane sengak
seneng nggawe aku susah
nanging aku wegah pisah

tak tompo nganggo tulus ing ati
tak trimo sliramu tekan saiki
mungkin wes dadi jodone
senajan kahanane koyo ngene

Wednesday, May 24, 2017

Semua jenis minyak naik empat sen lagi

Semua jenis minyak naik empat sen lagi



Harga baru bagi petrol RON95 dan RON97 serta diesel masing-masing akan meningkat empat sen menjelang tengah malam ini.
Harga petrol RON95 akan menjadi RM2.12 dari harga RM2.08 seliter sekarang, manakala RON97 menjadi RM2.40 daripada RM2.36 dan diesel pula dari RM1.99 kepada RM2.03 seliter.
Harga baru itu akan berkuat kuasa hingga 31 Mei.

Harga baru bagi petrol RON95 dan RON97 serta diesel masing-masing akan meningkat empat sen menjelang tengah malam ini.
Harga petrol RON95 akan menjadi RM2.12 dari harga RM2.08 seliter sekarang, manakala RON97 menjadi RM2.40 daripada RM2.36 dan diesel pula dari RM1.99 kepada RM2.03 seliter.
Harga baru itu akan berkuat kuasa hingga 31 Mei.
1.901.9522.052.102.152.202.252.302.352.402.452.502.5530 Mac6 Apr13 Apr20 Apr27 Apr4 Mei11 Mei18 Mei25 MeiRM/liter
RON 95
RON 97
Diesel
Harga bahan api kini ditentukan dengan menggunakan sistem harga siling mingguan yang diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Sejak sistem baru ini dimulakan April lalu, harga minyak pada mulanya menyaksikan trend menaik untuk bulan pertama dan kemudian trend menurun tiga minggu sesudahnya tetapi meningkat semula sejak dua minggu kebelakangan ini.
Harga runcit bahan api ditentukan berdasarkan Mean of Platts Singapore (MOP) dan purata kekuatan mata wang minggu sebelumnya.
Ia sebelum ini diumum secara bulanan.

Sumber  :  Malaysiakini

Calon PM: Anwar di depan, Hadi pilihan kedua



KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengungguli carta sebagai calon perdana menteri pilihan rakyat Malaysia.

Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan Invoke Malaysia, Anwar mendapat sokongan sebanyak 23.5 peratus diikuti Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di tempat kedua sebanyak 17.6 peratus.

"Sementara itu, Penasihat Bersatu Mahathir Mohamad mendapat 16.5 peratus; Pengerusi  Bersatu Tan Muhyidin Yasin 12.6 peratus; Naib Presiden PKR Rafizi Ramli 10.7 peratus.
"Serta Timbalan Bersatu  Mukhriz 8.4 peratus; Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah 4.5 peratus; Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali 3.5 peratus dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah 2.6 peratus " kata Pengasas serta Penyelaras Invoke, Rafizi Ramli, pada sidang medianya di sini, hari ini.

Rafizi berkata, kaji selidik ini berdasarkan daripada jumlah keseluruhan responden iaitu sebanyak 17, 962 pengundi berdaftar yang ditemuramah Invoke menerusi talian telefon.
"Sebanyak 34.6 peratus pula memilih  calon perdana menteri daripada kalangan pembangkang, manakala bagi 34.4 peratus memilih tidak menjawab dan 31 peratus pula memilih Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri," katanya lagi.

Sementara itu, katanya bagi pecahan pilihan calon perdana menteri pilihan khusus daripada pengundi Melayu, kaum itu lebih memilih Hadi.
"Bagi pecahan sokongan daripada kalangan responden Melayu yang menamakan pimpinan pembangkang sebagai perdana menteri menunjukkan Hadi unggul di hadapan.
"Beliau memperolehi undian sebanyak 29 peratus, jauh meninggalkan 'pesaing' lain," katanya.

Katanya lagi,  Mahathir berada ditempat kedua iaitu sebanyak 18 peratus.
"Dan ia diikuti, Muhyiddin 15 peratus; Anwar 14 peratus; Mukhriz 12  peratus; Rafizi 6 peratus; Azmin 4 peratus; Wan Azizah 1 peratus  dan Izzah 0 peratus," katanya lagi.
Dalam pada itu, katanya pecahan mengikut kaum Cina pula menyaksikan Anwar mendahului calon lain, dengan jumlah sokongan sebanyak 35 peratus; Rafizi 19 peratus ,Mahathir dan Wan Azizah masing mendapat undi sebanyak 12 peratus; Muhyiddin 9 peratus, Izzah 7 peratus manakala Mukhriz dan Azmin masing-masing 3 peratus sementara itu Hadi paling tercorot 0 peratus," katanya merujuk kepada kajian selama 3 bulan bermula 6 Februari 2017 ke 23 Mei 2017.

Sementara itu bagi sokongan bagi kaum India kepada calon pembangkang yang akan diangkat sebagai perdana menteri sekali lagi menyaksikan Anwar mendapat sokongan paling tinggi iaitu mendapat sebanyak 68 peratus undi, manakala Muhyiddin di tempat kedua sebanyak 15 peratus, Rafizi 7 peratus, Mahathir dan Mukhriz masing 4 peratus Azmin 2 peratus dan Hadi, Azizah dan Izzah masing-masing 0 peratus.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata, secara keseluruhan Anwar mendapat sokongan paling tinggi merangkumi semua kaum.

Kaji selidik melibatkan temuramah melalui telefon di antara analis kaji selidik (penemuramah) dan pengundi (ditemuramah) menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

Kaji selidik dijalankan selama lebih tiga bulan dari 6 Februari 2017 ke 23 Mei 2017.
Pengundi dipilih dan dihubungi secara rawak oleh sistem berkomputer Invoke.
Seramai 2.8 juta orang pengundi berdaftar dihubungi secara rawak.

Daripada jumlah itu, 168,796 orang pengundi mengangkat telefon dan 17,962 orang pengundi menjawab kesemua soalan yang ditanya.

Keputusan hasil dari kaji selidik melibatkan 17,962 orang pengundi berdaftar ini kemudiannya diterjemahkan kepada keputusan nasional mengikut agregat.

Keputusan 17,962 orang pengundi diagregatkan mengikut umur jantina dan kaum supaya melambangkan taburan demografi pengundi di seluruh negara.

Ia juga diagregatkan mengikut taburan pengundi di setiap negeri supaya melambangkan kedudukan kerusi Parlimen di seluruh negara.

Sumber  :  Sinarharian


Unik, Rumah diantara dua Negara, Ruang Tamu di Indonesia Dapur di Malaysia



rumah perbatasan

Bagaimana rasanya jika rumah yang kita tempati berada di antara dua negara? Inilah yang dialami keluarga Mappangara (45) dan Hasidah (37) . Ruang tamunya berada di Indonesia, namun dapurnya berada di wilayah Malaysia.

Rumah Mappangara tergolong biasa. Rumah panggung khas suku Bugis, yang didominasi oleh kayu dan seng. Namun yang membuat rumah ini istimewa karena letaknya persis di garis patok III Desa Aji Kuning, Pulau Sebatik, Nunukan, Kaltim, yang persis berada di daerah perbatasan Indonesia-Malaysia.


Karena berada di garis batas, wilayah rumahnya pun ‘terbelah’. Di ruang tamunya, yang berukuran sekitar 3X4 masuk wilayah Indonesia, sedangkan dapurnya yang berukuran 2×3 telah masuk wilayah Malaysia. Pulau Sebatik satu-satunya pulau di perbatasan yang terbagi dua, Sebatik Induk milik Indonesia dan Sebatik Barat milik Malaysia.

“Gara-gara letak rumah saya ini, sudah banyak wartawan yang pernah datang,” ujar Mappangara.



Rumah Mappangara ini adalah satu-satunya rumah yang persis di tengah perbatasan, karena letak ruang tamunya yang menjorok dan tak selurus dengan rumah-rumah tetangganya. Rumah-rumah yang ada di samping rumah Mappangara keseluruhan telah masuk wilayah Malaysia.

“Meski rumah saya di perbatasan, saya adalah warga Indonesia, karena asal saya memang Indonesia. Tetangga-tetangga saya juga begitu, kami orang Indonesia,” terangnya. 

Mappangara mempunyai KTP Indonesia, dan tidak mempunyai KTP Malaysia. Di rumah-rumah warga yang ada di perbatasan, di pintunya ditempel stiker merah putih berukuran kecil.

Kebanyakan warga di Desa Aji Kuning adalah warga keturunan perantau Bugis. Logat mereka pun percampuran antara dialek Melayu dan Bugis. Demikian pula dengan Mappangara, ia dan seluruh keluarganya adalah keturunan Bugis yang telah mendiami wilayah itu puluhan tahun.

“Saya baru sepuluh tahun di rumah ini, sebelumnya mertua saya yang menempati,” ucapnya.

Sebagian keluarga Mappangara juga sebagiannya tinggal di Tawao, pulau yang merupakan wilayah Malaysia. Sebagian keluarga di desa itu memang memilih tinggal di Tawao untuk mencari nafkah.

“Keluarga saya juga ada di Tawao,” ujar Anwar, tetangga Mappangara.



rumah perbatasan

Tuesday, May 23, 2017

Time: Populariti Najib lebih teruk dari Trump

Time: Populariti Najib lebih teruk dari Trump

Di mata media Amerika Syarikat, presiden mereka Donald Trump bukanlah seorang pemimpin yang popular di kalangan rakyat.
Kadar penerimanya dilaporkan cuma 40 peratus berbanding pemimpin-pemimpin lain dunia.
Bagaimanapun, bagi majalah berita Time yang berpangkalan di New York, ada lebih ramai lagi pemimpin yang rating mereka lebih teruk berbanding Trump.
Time menamakan salah seorangnya sebagai Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak.
“Tetapi secara politiknya, Najib tidak perlu begitu bimbang. Umno - parti politik yang mendominasi Malaysia lebih dari enam dekad - kukuh berada dalam genggamannya.

“Dia secara sistematik mengetepikan pencabarnya, dan seteru utamanya di luar parti dipenjarakan melalui apa yang dirujuk pengkritik sebagai pendakwaan politik.
“Siapa perlukan populariti apabila kamu ada kuasa politik atau wang ringgit dalam bank?” lapor Time.
Time turut mengaitkan Najib dengan syarikat pelaburan negara cetusan ilhamnya, 1MDB, dan kemasukan wang berbilion ringgit ke dalam akaun peribadinya yang dikatakan daripada kerabat diraja Saudi.
“Dia didukung oleh peguam negara Malaysia, yang melaporkan wang itu sebagai derma yang sah dan “kebanyakannya” dipulangkan kembali.
“Justeru tidak mengejutkan jika ratingnya sebegitu rendah,” lapor Time lagi.
Time turut menamakan pemimpin lain dalam senarai itu, termasuk Presiden Venezuela Nicolas Maduro, Presiden Brazil Michel Temer, Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma dan Perdana Menteri Greece Alexis Tsipras.
Sumber  :  Malaysiakini
Nik Abduh: Kembalilah ke tikar sejadah wahai Mahathir

Nik Abduh: Kembalilah ke tikar sejadah wahai Mahathir


Ahli Parlimen PAS Nik Abduh Nik Aziz hari ini menasihati Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak ‘mengangkat’ anaknya, Datuk Seri Mukriz dalam arena politik, kerana bekas perdana menteri itu berkemungkinan akan berakhir dengan menjatuhkannya.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata demikian ketika mengulas kenyataan Dr Mahathir mengenai allahyarham bapanya dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Katanya, walaupun Mahathir berjaya mengalahkan semua musuh politiknya, namun beliau tidak pernah menang melawan perjuangan politik Nik Aziz.

"Dendam Mahathir belum berakhir dan mungkin juga Allah inginkannya kekal begitu justeru dendam dan bencinya kepada PAS adalah berterusan," katanya yang dipetik Harakahdaily.
Nik Abduh mendakwa Mahathir amat gembira melihat PAS berpecah tetapi beliau malu melihat bagaimana bekas pemimpin PAS yang menyokongnya hari ini amat lemah manakala PAS semakin sejahtera, maju dan mara menuju cita.
Sambil menggesa pemimpin berusia 92 tahun itu supaya bertaubat dan dan kembali ke tikar sejadah kerana ia jalan terbaik untuk dirinya di hujung hayat, katanya: "Tak payahlah buat kerja lu langsi lu mati yang berulang-ulang sejak muda sampai tua.”
“Angkat Musa Hitam, pecat Musa Hitam. Angkat Ghafar Baba, pecat Ghafar Baba. Angkat Anwar, pecat Anwar. Angkat Pak Lah, pecat Pak Lah. Angkat Najib, ni nak pecat Najib pulak.
"Saya nasihatkan dia jangan pulak angkat Mukhriz. Nanti Mukhriz pun dipecatnya. Rakyat Malaysia pun, saya nak nasihat baik-baik," katanya
Nik Abduh berkata, walaupun Mahathir perlu dihormati tetapi demi masa depan negara yang lebih sejahtara adalah lebih baik pemimpin veteran yang kini adalah pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dibiarkan berehat menuju Allah.

"Generasi baru perlu memilih Islam sebagai panduan hidup. Mari menuju sebuah negara sejahtera dengan Islam," katanya.
Mahathir menimbulkan kemarahan penyokong PAS apabila beliau baru-baru ini mengungkit semula bagaimana Nik Aziz pernah berkata bahawa Tuhan juga mencarut walaupun telah menjelaskan isu berkenaan.
Penyokong Najib menuduh Mahathir cuba untuk merancang memastikan Mukhriz yang kini adalah timbalan presiden BERSATU menjadi perdana menteri.
Sumber :  Malaysiakini
'Mat Over, David Teo duduk sama, macam inilah bagus'

'Mat Over, David Teo duduk sama, macam inilah bagus'


Kelibat penerbit filem, David Teo yang duduk diapit pelakon Mat Over dan Datuk Rosyam Noor dalam satu majlis hari ini mencuri tumpuan perdana menteri.
Ketika ucapannya, Datuk Seri Najib Razak menjadikan Mat Over dan David sebagai contoh bagi memupuk perpaduan di negara ini.
Mat Over, atau nama sebenarnya Sulaiman Yassin dan Teo terlibat dalam perbalahan di hadapan Najib semasa dialog TN50 di kediaman rasmi perdana menteri minggu lalu.
"Ni, depan saya ni, nampaknya saudara Mat Over pun hadir dan Mejar David Teo pun ada, duduk sama-sama lagi.
"Macam ni la bagus, ini yang saya mahu sebagai PM dan kerajaan hendak lihat rakyat kita bersatu-padu, barulah Malaysia akan berjaya," kata Najib pada majlis pelancaran Laporan Tahunan Program Transformasi Nasional 2016 di UiTM, Shah Alam.
Menurut Najib, apa yang dilakukan beliau dan kerajaan pada masa ini adalah demi kepentingan rakyat tanpa mengira kaum.
"Jadi kita tidak mahu gaduh-gaduh, kita nak semua berbaik-baik, tolong–menolong antara satu sama lain, agar negara kita aman dan makmur,," katanya.
Rabu lalu, Najib menjadi tuan rumah pada sesi dialog TN50 bersama penggiat seni di kediaman rasminya di Putrajaya.
Kekecohan berlaku apabila Teo meluahkan rasa tidak puas hati kerana tidak dapat bertanyakan soalan dan cara Rosyam mengendalikan sesi dialog itu.
Bagaimanapun, belum sempat menghabiskan pantunnya, Mat Over meluru ke arah penerbit filem itu dan menamparnya kerana menyifatkannya biadap di hadapan perdana menteri.Keadaan itu menyebabkan anggota keselamatan meleraikan mereka.
Najib kemudian meminta kedua-dua selebriti itu supaya memohon maaf dan bersalaman antara satu lain.
Sumber :  Malaysiakini
TMJ: Lebih baik KJ jadi Askar Wataniah, bukan menteri

TMJ: Lebih baik KJ jadi Askar Wataniah, bukan menteri

Ketiadaan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada perlawanan akhir Piala FA baru-baru ini nampaknya dipandang begitu serius oleh Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Dalam kenyataannya hari ini, Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu berkata, orang ramai tertanya-tanya di manakah menteri belia dan sukan itu ketika perlawanan sukan utama tanah air berlangsung.
"Pada pendapat saya, beliau sepatutnya menjadi antara individu penting yang sepatutnya turut hadir menyaksikan salah satu perlawanan bersejarah ini," katanya melalui Facebook Johor Southern Tigers petang ini.
Menurut TMJ, beliau dimaklumkan Khairy terlibat dengan program Askar Wataniah pada malam perlawanan Piala FA tersebut.
Bagaimanapun, pada pandangannya, menteri terbabit sepatutnya memberi keutamaan pada perlawanan akhir Piala FA itu.
"Pada saya, sekiranya program Askar Wataniah lebih menjadi keutamaan, adalah lebih baik beliau menjadi Askar Wataniah daripada menjadi menteri belia dan sukan," tegas Tunku Ismail.
Perlawanan akhir Piala FA 2017 yang berlangsung di Stadium Shah Alam, 20 Mei lalu lalu menyaksikan pasukan Kedah bertemu Pahang.
Ia turut disaksikan tiga kerabat diraja iaitu dari Kedah, Johor dan Pahang.
Perlawanan sengit dan menghiburkan itu berakhir dengan skukad Helang Merah menundukkan Tok Gajah 3-2.
Tunku Ismail turut menasihati Khairy agar tidak memilih untuk hadir ke majlis yang menjadikan beliau sebagai tumpuan semata-mata.
"Janganlah hanya memilih untuk pergi ke aturcara yang anda pasti akan menjadi tumpuan majlis tetapi apabila sebaliknya, tidak mahu pergi kerana sudah tahu anda tidak menjadi tumpuan.
"Apabila anda telah menjadi seorang menteri atau ahli politik, yang sebetulnya adalah mengenai berkhidmat kepada rakyat dan institusi negara, bukan berkhidmat untuk kepentingan diri sendiri," jelasnya.
Tambah beliau, sekiranya mahu menjadi popular lebih baik menjadi selebriti dan bukannya memegang jawatan sebagai seorang menteri atau ahli politik.
"Dan kepada semua ahli politik dan wakil-wakil pemuda, keutamaan tugas anda adalah turun padang dan berkhidmat kepada rakyat, bukannya mengira berapa banyak 'followers' di laman media sosial.
"Ini bukan pasal soal sukan dan bola sepak sahaja tetapi ini adalah tanggungjawab dan amanah kesemua ahli-ahli politik dalam negara," kata Tunku Ismail.
Sumber  : Malaysiakini

Saturday, May 20, 2017

Hassan Rouhani menang pilihan raya presiden

Hassan Rouhani menang pilihan raya presiden


Hassan Rouhani menang pilihan raya presiden


BEIRUT: Penyandang Presiden Iran, Hassan Rouhani mempertahankan jawatannya untuk penggal kedua selepas diumum menang pilihan raya presiden yang berlangsung pada Sabtu.

Hassan yang dikenali sebagai pemimpin berfahaman sederhana menerima lebih 70 peratus daripada 40 juta undi yang dibuat oleh pemilih.

Proses demokrasi ini bagaimanapun dicemari dakwaan penipuan.Dakwaan dikemukakan pencabar utama Hassan, Ebrahim Raisi yang berada di tempat kedua.

Pemilihan Hassan selaku presiden akan menentukan masa depan Iran walaupun beliau terikat dengan perjanjian bersama kuasa besar dunia yang ditandatangani dua tahun lalu.

Perjanjian itu berjaya mengawal program nuklear Iran bagi membolehkan sekatan ekonomi ke atas negara itu ditamatkan.

Persaingan sengit dalam pilihan raya presiden Iran kali ini menyaksikan lebih 40 juta undi dicatatkan.

Sumber  :  Astroawani
Sidang bersama Trump peluang bagi Najib

Sidang bersama Trump peluang bagi Najib


Pemimpin-pemimpin dunia termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di Riyadh, ibu negara Arab Saudi hari ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Negara Arab, Islam dan Amerika Syarikat.
"Memerangi keganasan" menjadi tema sidang kemuncak itu esok dan Najib telah menyediakan Malaysia ke arah itu seperti dinyatakan dalam ruangan editorial akhbar Saudi Gazette dan Al Riyadh hari ini.
"Kita tahu bahawa Presiden (AS) Donald Trump komited untuk membasmi Daesh. Di bawah kepimpinan saya, Malaysia juga seperti itu dan negara Islam yang lain pada sidang kemuncak ini," katanya dalam ruangan akhbar berkenaan.
Sidang kemuncak itu akan mengumpulkan lebih daripada 50 negara Islam bersama Amerika Syarikat.
Kehadiran presiden Amerika, Donald Trump yang sering menyuarakan sentimen anti-Muslim bakal mencuri perhatian pemerhati antarabangsa.
Bagi Najib sendiri adalah sama ada perdana menteri dapat menggunakan peluang bersama Trump untuk membincangkan isu-isu lain selain perbicangan memerangi keganasan.
Ini ketika laporan bahawa Red Granite Picture, sebuah syarikat produksi filem Amerika Syarikat milik anak tiri Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz, memohon penyelesaian dengan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ).
DOJ sebelum ini melakukan siasatan ke atas 1MDB termasuk Red Granite Picture yang didakwa menerima dana yang disalahgunakan daripada syarikat pelaburan Malaysia.
Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan DOJ pada Julai tahun lalu menerbitkan satu dokumen 136 halaman yang memperincikan bagaimana wang itu dikatakan mengalir keluar daripada 1MDB.
Sumber :  Malaysiakini
Saya tenangkan Mat Over dengan air sirap - Zed Zaidi

Saya tenangkan Mat Over dengan air sirap - Zed Zaidi


Insiden membabitkan pelakon Mat Over dan penerbit David Teo telah selesai dan tidak perlu dipanjangkan lagi berikutan dua selebriti itu sudah bersalaman di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi berkata, mereka yang tidak hadir pada majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN2050) ketika insiden itu berlaku, tidak mengetahui situasi sebenar.
"Semua sudah diselesaikan on the spot. Mereka sudah meminta maaf dan memaafkan antara satu sama lain. Semuanya happy ending. Orang yang tidak datang memanglah tidak nampak," katanya seperti dilapor mStar Online.
Dalam kejadian malam Rabu lalu, David ditampar pelakon Sulaiman Yassin atau lebih popular dengan panggilan Mat Over selepas dia mempertikaikan cara Rosyam Noor mengendalikan program itu.
Menceritakan insiden malam itu, menurut Zed dia cuba menenangkan kedua-dua pihak selepas kejadian.
"Semasa kejadian itu saya duduk di belakang dan menenangkan Mat Over dan David Teo. Saya sejukkan hati Mat Over dengan beri dia minum air sirap banyak-banyak, lepas tu saya pergi jumpa David yang ketika itu di tandas dan minta dia bersabar.
"David memang cara dia bercakap begitu, namun orang luar yang tidak rapat dengannya tidak tahu cara dia," ujarnya.
Zed atau Rozaidi Jamil diminta mengulas pandangan selebriti tempatan, termasuk Afdlin Shauki yang meminta Seniman mengambil tindakan terhadap insiden berkenaan.
Mengulas lanjut, Zed meminta mana-mana penggiat seni yang tidak hadir pada majlis berkenaan agar tidak memberi sebarang pandangan yang mengeruhkan lagi keadaan.
"Saya minta artis yang tidak datang jangan komen sebab mereka tidak berada di tempat kejadian serta tidak tahu situasi sebenar yang berlaku.
"Perkara itu hanya mengeruhkan keadaan sahaja. Apa yang mereka tonton dalam video yang menjadi viral, mereka tidak tahu sepenuhnya yang terjadi pada malam itu," ujarnya.
Sumber   :   Malaysiakini
‘Orang tampar saya, saya perlu minta maaf?’

‘Orang tampar saya, saya perlu minta maaf?’

Pengarah filem Datuk David Teo menyifatkan dunia ini pelik apabila dirinya yang dikasari pada majlis dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) di Putrajaya, Rabu lalu, dituntut untuk meminta maaf.
"Seseorang tampar saya, tetapi saya perlu minta maaf kepada dia dan orang ramai? Dunia yang pelik," katanya yang dipetik oleh portal Free Malaysia Today.
Teo juga dipetik sebagai berkata, isu tersebut sebenarnya sudah selesai pada malam kejadian dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri sudah memaafkannya.

"Tiada keperluan untuk saya memohon maaf sekali lagi melainkan PM sendiri mahu saya berbuat demikian.
"Bagaimanapun, saya sudah jelaskan kepada beliau yang saya hanya terkejut dengan apa yang berlaku," katanya.
Sebelum ini, Teo menafikan beliau bertindak biadab terhadap perdana menteri.
Sesi dialog Perdana Menteri bersama penggiat seni tanah air pada Rabu lalu itu bertukar menjadi kecoh apabila tanpa diduga pelawak Sulaiman Yassin bertindak mengasari Teo.
Teo didakwa telah meninggikan suaranya selepas tidak mendapat peluang untuk bercakap semasa dialog berkenaan.
Beliau mendakwa moderator, Datuk Rosyam Nor, dan Najib, hanya memberi perhatian kepada mereka yang di hadapan mereka, dan bukannya kepada hadirin yang duduk di belakang auditorium.

Rosyam kemudiannya bersetuju untuk memberi Teo peluang untuk bercakap selepas pengarah itu bersetuju untuk bertenang.
Walau bagaimanapun, Sulaiman yang tiba-tiba muncul dari belakang terus menampar Teo.
Susulan kejadian itu, beberapa NGO Melayu, termasuk Gerakan Memartabat Pejuang Negara (GMPN) tampil menuntut Teo meminta maaf secara terbuka kepada semua rakyat atas alasan pengarah filem itu bersikap kurang ajar.
NGO itu turut mengucapkan tahniah kepada Sulaiman yang juga dikenali sebagai Mat Over kerana menghentikan ucapan Teo.
Bagi Pertubuhan Pembela Nasib Melayu (PEMBELA) yang diketuai oleh bekas tentera Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju, Teo jelas bersalah dan menunut penerbit filem itu dihukum
Selain meminta pihak berkuasa untuk mengharamkan filem Teo di TV, beliau juga mahu Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menarik serta merta gelaran ‘mejar kerhormat’ yang disandang oleh Teo.

Semalam, Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hassan berkata, walaupun Teo dan penyerangnya, Sulaiman, kemudiannya berjabat tangan atas permintaan perdana menteri, namun kes itu tetap akan disiasat.
Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, iaitu mendatangkan kecederaan, dan jika disabitkan (kesalahan) boleh dihukum penjara sampai setahun atau denda hingga RM2,000.
Sumber  :  Malaysiakini