Wednesday, May 10, 2017

Hampir dipenjara kerana rupa seiras Messi


Hampir dipenjara kerana rupa seiras Messi


TEHRAN - IRAN. Seorang pelajar Iran, Reza Parastesh yang mempunyai wajah seiras pemain bola sepak Lionel Messi hampir dipenjara kerana mengganggu ketenteraman awam.

Reza dibawa ke balai polis selepas orang ramai bersesak mahu mengambil gambar dengannya di barat bandar Hamedan hujung minggu lalu.
Keretanya turut dibawa ke balai polis bagi menghentikan kekacauan dan meredakan kesesakan lalu lintas.

Reza mendapat perhatian selepas bapanya yang juga peminat tegar bola sepak menggesa anaknya yang berusia 25 tahun itu bergambar memakai jersey Barcelona bernombor 10 dan menghantar gambar tersebut ke sebuah laman web sukan.

"Saya menghantar gambar pada satu malam dan pada keesokan harinya saya dihubungi dan diminta untuk ditembual," katanya kepada AFP.

Walaupun pada mulanya dia enggan, Reza kemudian membuat potongan rambut seakan Messi dan sering memakai jersey Barcelona ketika keluar.

Dia kini memenuhi temubual bersama media dan telah mendatangani kontrak peragaan.
"Sekarang orang melihat saya sebagai Messi Iran dan mahu saya meniru segala-galanya seperti dia. Apabila saya berada di khalayak, orang ramai benar-benar terkejut," katanya.
Rakyat Iran antara negara yang taksub dengan bola sepak dan menurut Reza, dia sering diminta oleh peminat itu berswafoto.

"Saya benar-benar gembira melihat mereka gembira kerana saya dan kegembiraan ini menjadikan saya lebih bersemangat," katanya.

Reza turut berkongsi kisah lucu apabila bapanya tidak membenarnya pulang ke rumah selepas Lionel Messi menjaringkan gol ketika perlawanan Piala Dunia 2014 Iran menentang Argentina yang menyebabkan negara itu menduduki tempat ke 16.

Reza berkata, matlamatnya kini adalah ingin bertemu idolanya itu di Barcelona.
"Sebagai pemain terbaik dalam sejarah bola sepak, dia pasti mempunyai banyak kerja yang perlu dikendalikannya. Saya boleh menjadi wakilnya apabila dia terlalu sibuk," katanya.

Lihat video Reza Parastesh

Sumber   :  Sinarharian
Previous Post
Next Post
Related Posts

0 comments: