Wednesday, May 10, 2017

Pakar ekonomi: Malaysia perlu turunkan cukai untuk galak pertumbuhan cukai danmitchell


Menurunkan cukai untuk menjana lebih banyak pendapatan kerajaan mungkin kedengaran aneh, tetapi menurut pakar ekonomi terkenal, Dan Mitchell, perkara itu dilakukan di banyak tempat dan boleh dicontohi Malaysia.
Menulis pada kertas dasar terbaru Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Mitchell berkata rejim cukai di Malaysia pada hakikatnya mengenakan cukai yang lebih rendah daripada kebanyakan negara-negara jiran serantau.
Pada masa ini, perniagaan di Malaysia membayar 24 peratus cukai manakala jumlah tertinggi cukai yang dikenakan ke atas individu adalah 28 peratus.
Tambahan pula, pengguna juga membayar enam peratus cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Mitchell berkata, walaupun negara-negara membangun cenderung untuk berbelanja lebih daripada cukai yang dikumpul, negara-negara ini juga perlu mengambil tahu tentang korelasi antara cukai yang lebih rendah dan aktiviti ekonomi.
Ini digambarkan oleh Laffer Curve, bahawa kadar cukai yang optimum adalah bagi memaksimumkan pendapatan dan jika cukai dikenakan lebih tinggi, ia akhirnya akan mengurangkan kutipan cukai.
Bagaimanapun, Mitchell mengingatkan bahawa matlamat itu, bukan untuk "memaksimumkan pendapatan" tetapi "memaksimumkan pertumbuhan" kadar cukai.
Beliau kemudian memberi contoh pada tahun 1980-an di Amerika Syarikat, yang menyaksikan peningkatan dramatik dalam kutipan cukai selepas kadar cukai individu dikurangkan daripada 70 peratus kepada 28 peratus di bawah pentadbiran Reagan.
"Pengkritik berhujah bahawa dasar ini adalah tidak adil. Mereka berkata orang kaya tidak akan bayar cukai yang cukup dan mereka kata Perbendaharaan akan kehilangan sejumlah besar hasil cukai. Jadi apa sebenarnya yang berlaku?
"Jika seseorang mengkaji data 1988 ... hasil sebenarnya meningkat secara mendadak, meningkat daripada AS$19 bilion kepada lebih daripada AS$ 99 bilion.
"Ini berlaku kerana terdapat peningkatan besar dalam bilangan orang yang kaya dan peningkatan yang lebih besar dalam pendapatan boleh cukai," katanya.
Sumber  :  Malaysiakini
Previous Post
Next Post
Related Posts

0 comments: