Sunday, May 7, 2017

Yakin acara berbasikal jadi 'lubuk emas'







MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yakin skuad berbasikal negara mampu menguasai pungutan pingat emas pada Sukan SEA 2017 di ibu negara, Ogos ini.

Beliau berkata, berdasarkan reputasi cemerlang yang dipamerkan pasukan negara setakat ini, tidak mustahil antaranya  kehadiran juara keirin dunia, Mohd Azizulhasni Awang dan  Mohd Harrif Salleh dalam acara lebuh raya.

Pada Sukan SEA 2015 di Singapura, Mohd Harrif memenangi dua pingat emas bagi acara kriterium dan lebuh raya, manakala Anuar Manan memenangi pingat gangsa dalam acara acara lebuh raya.

"Untuk acara basikal, saya yakin akan dapat banyak pingat. Kita sasarkan pingat emas dalam beberapa acara trek di velodrom selain sasaran pertahankan emas bagi acara lebuh raya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program kayuhan santai 'Permatang Pauh Fellowship Ride' di Permatang Pauh dekat sini, hari ini.

Khairy berkata, sasaran sebenar pungutan pingat emas dalam acara berbasikal belum ditentukan kerana ia bergantung pada acara dan penyertaan peserta negara lain.

 - Bernama


Previous Post
Next Post
Related Posts

0 comments: