Saturday, May 20, 2017

Pemuda PKR namakan Wan Azizah PM sementara


KONGRES PKR Pemuda PKR menamakan presiden parti itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai perdana menteri sementara menunggu pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Wan Azizah sebagai PM kita, PM peralihan. PM wanita pertama di negara kita," kata ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam ucapan penutup di kongres sayap parti itu di Shah Alam hari ini.
Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Nik Nazmi mencadangkan Anwar sebagai calon perdana menteri.
Pilihan Anwar sebagai perdana menteri merupakan pendirian Pakatan Harapan sejak penubuhannya.
Bagaimanapun bagi parti serpihan Umno, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dilihat lebih berminat mencalonkan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.
Penasihat BERSATU, Tun Mahathir Mohamad bagaimanapun percaya perkara itu tidak perlu dibincangkan pada masa ini supaya tidak menjadi satu perbalahan dalam gabungan itu.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun dan dijadual akan dibebaskan pada 2020.
Bagaimanapun beliau akan dihalang daripada bertanding dalam pilihan selama raya lima tahun selepas dibebaskan.
Pembangkang mendesak Anwar diberi pengampunan diraja, yang membolehkan beliau bertanding dalam pilihan raya.
Sumner  :  Malaysiakini
Previous Post
Next Post
Related Posts

0 comments: