Sunday, May 7, 2017

Afghanistan sahkan pasukan khas bunuh pemimpin IS


GLOBAL l Kerajaan Afghanistan dan tentera Amerka Syarikat mengumumkan serbuan bersama mereka pada 27 April lalu berjaya membunuh beberapa pemimpin kumpulan militan Negara Islam (IS).
Menurut satu kenyataan dari Istana Presiden di Kabul, mereka yang terbunuh itu termasuk
Abdul Hasib dan beberapa komander IS yang dibunuh dalam satu operasi yang dijalankan oleh pasukan khas Afghan.Tentera Amerika Syarikat Afghanistan mengeluarkan pengesahan sendiri lewat Ahad berhubung kematian Hasib dan beberapa pemimpin kanan IS, bersama-sama dengan 35 pejuang kumpulan itu.

Hasib disyaki secara peribadi mengarahkan serangan i sebuah hospital tentera Kabul, pada 8 Mac lalu yang menyaksikan 35 orang terbunuh manakala 76 lagi cedera.
Sumber  : Malaysiakini
Previous Post
Next Post
Related Posts

0 comments: