Saturday, May 20, 2017

Saya tenangkan Mat Over dengan air sirap - Zed Zaidi


Insiden membabitkan pelakon Mat Over dan penerbit David Teo telah selesai dan tidak perlu dipanjangkan lagi berikutan dua selebriti itu sudah bersalaman di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi berkata, mereka yang tidak hadir pada majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN2050) ketika insiden itu berlaku, tidak mengetahui situasi sebenar.
"Semua sudah diselesaikan on the spot. Mereka sudah meminta maaf dan memaafkan antara satu sama lain. Semuanya happy ending. Orang yang tidak datang memanglah tidak nampak," katanya seperti dilapor mStar Online.
Dalam kejadian malam Rabu lalu, David ditampar pelakon Sulaiman Yassin atau lebih popular dengan panggilan Mat Over selepas dia mempertikaikan cara Rosyam Noor mengendalikan program itu.
Menceritakan insiden malam itu, menurut Zed dia cuba menenangkan kedua-dua pihak selepas kejadian.
"Semasa kejadian itu saya duduk di belakang dan menenangkan Mat Over dan David Teo. Saya sejukkan hati Mat Over dengan beri dia minum air sirap banyak-banyak, lepas tu saya pergi jumpa David yang ketika itu di tandas dan minta dia bersabar.
"David memang cara dia bercakap begitu, namun orang luar yang tidak rapat dengannya tidak tahu cara dia," ujarnya.
Zed atau Rozaidi Jamil diminta mengulas pandangan selebriti tempatan, termasuk Afdlin Shauki yang meminta Seniman mengambil tindakan terhadap insiden berkenaan.
Mengulas lanjut, Zed meminta mana-mana penggiat seni yang tidak hadir pada majlis berkenaan agar tidak memberi sebarang pandangan yang mengeruhkan lagi keadaan.
"Saya minta artis yang tidak datang jangan komen sebab mereka tidak berada di tempat kejadian serta tidak tahu situasi sebenar yang berlaku.
"Perkara itu hanya mengeruhkan keadaan sahaja. Apa yang mereka tonton dalam video yang menjadi viral, mereka tidak tahu sepenuhnya yang terjadi pada malam itu," ujarnya.
Sumber   :   Malaysiakini
Previous Post
Next Post
Related Posts

0 comments: