Thursday, May 11, 2017

Wartawan Sarawak Report tidak bertamadun - Ismail Sabri

Wartawan Sarawak Report tidak bertamadun - Ismail Sabri


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan tindakan wartawan Sarawak Report yang mengekori dan menganggu isteri Perdana Menteri baru-baru ini sebagai tidak bertamadun.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata walaupun mereka yakin ia adalah hak sebagai media, Datin Seri Rosmah Mansor turut memiliki hak untuk tidak ditemu bual.

"Mereka ini tidak ada etika, saya anggap tindakannya tidak bertamadun. Walaupun duduk di dalam negara yang bertamadun tidak semestinya orang itu bertamadun.

"Mereka kata ia adalah surat khabar sahaja ada hak untuk temu bual. Tetapi Datin Seri Rosmah juga ada hak yang mesti dihormati," kata Ismail Sabri.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Keruak juga mengecam Sarawak Report yang disifatkan sebagai biadap dan tidak sopan.

Datin Seri Rosmah pada ketika itu sedang dalam lawatan tujuh hari di United Kingdom bagi meluaskan program Permata.

Sumber  :  Astroawani
Previous Post
Next Post
Related Posts

0 comments: