VIVO Malaysia memperkenalkan model baharu telefon pintar, Vivo V5s, dengan fungsi swafoto yang didatangkan bersama kamera hadapan sensor 20 mega piksel.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mike Xu berkata, syarikat itu yakin Vivo V5s akan menerima sambutan hangat terutama penggemar swafoto kerana ia mampu memberikan pe-ngalaman tiada tandingan.
“Pada tahun lalu, Vivo V5 dan V5 Plus menerima sambutan yang hangat daripada orang ramai selepas pelancarannya.
“Model tersebut menjana jualan memberangsangkan dan membantu menaikkan nama vivo di tangga keempat dalam pasaran telefon pintar Malaysia,” katanya pada majlis pelancaran vivo V5s di Kuala Lumpur, kelmarin.
Xu berkata, pada masa ini, Vivo menguasai 12 peratus jumlah pasaran di Malaysia.
“Dalam tempoh tiga bulan pertama 2016 hingga 2017, Vivo mencatatkan jualan memberangsangkan.
“Selain itu, kami juga mencapai pertumbuhan jualan 300 peratus dari tahun lalu,” katanya.
Kamera Vivo V5s tersebut direka bersama Sony, yang dilengkapi dengan sensor IMX376 20 mega piksel, dengan apertur f/2.0 dan ciri selfie spotlight terkini, yang menghasilkan efek cahaya studio fotografi, sekali gus membolehkan pengguna merakam kecantikan diri dalam apa jua keadaan.
Vivo V5s ditawarkan dalam tiga warna pilihan, iaitu matte black, gold dan rose gold, yang bakal berada di pasaran secara rasmi pada 10 Mei ini.
Tempahan awal boleh dibuat bermula 3 Mei dengan harga jualan RM1,299 termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Sumber : Sinarharian
Sumber : Sinarharian
0 comments: