Wednesday, May 10, 2017

Maut dirempuh treler ketika tukar tayar pancit di LPT2


Itu nasib yang menimpa seorang lelaki yang maut, manakala tiga lagi rakannya cedera selepas dirempuh sebuah treler dalam kejadian di Kilometer 360.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), semalam.
Dalam nahas kira-kira 6 pagi itu Mohd Zulaini Mohd Safee, 31, terbunuh di lokasi kejadian selepas dirempuh treler berkenaan ketika sedang berhenti di lorong kecemasan untuk menukar tayar kereta mereka yang pancit.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa bersama rakannya dalam perjalanan dari Kuala Terengganu untuk pulang ke Kemaman.
Sejurus selepas itu, datang sebuah treler muatan bijih besi telah merempuh mangsa bersama tiga lagi rakannya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu.
Katanya pemandu lori berusia 43 tahun dan berasal dari Kelantan telah menyerah diri dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun (IPD) kira-kira 12.30 tengah hari semalam.
"Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk dibedah siasat. Rakan mangsa yang mengalami kecederaan patah jari tangan, patah tulang punggung dan kecederaan ringan pada angota badan turut menerima rawatan di hospital yang sama," katanya.
- Bernama
Sumber  :  Malaysiakini
Previous Post
Next Post
Related Posts

0 comments: