Tuesday, May 9, 2017

Letupan bom di Pattani, 20 cedera

Letupan bom di Pattani, 20 cedera



PATTANI: Sebuah bom meletup di hadapan sebuah pasaraya di bandar Pattani, mencederakan kira-kira 20 orang, menurut jurucakap tentera.


Letupan itu dikatakan serangan terbaharu oleh kumpulan pemisah Islam di bahagian Selatan negara yang didominasi penganut Buddha itu.

Pemberontakan oleh kumpulan pemisah telah berlanjutan berdekad lamanya di kawasan yang didiami majoriti penganut Islam Melayu di wilayah Yala, Pattani dan Narathiwat, dan telah mengakibatkan lebih daripada 6,500 orang terbunuh sejak 2004, menurut kumpulan pemantauan bebas, Deep South Watch.
"Letupan mencederakan lebih kurang 20 orang," katanya.

Bagaimanapun, tiada kematian dilaporkan.

Serangan di pedalaman selatan Thailand dilihat meningkat tahun ini.

Bulan lepas, kerajaan negara itu menolak tawaran bersyarat untuk perbincangan damai oleh salah sebuah kumpulan pemberontak utama, Barisan Revolusi Nasional, yang menuntut pengantaraan antarabangsa atau pemerhatian.

Sumber   :  Astroawani
Previous Post
Next Post
Related Posts

0 comments: