ISLAMABAD - PAKISTAN. Seorang juruterbang digantung tugas selepas tidur di tempat duduk penumpang kelas perniagaan dan meninggalkan pesawat dikendalikan oleh juruterbang pelatih.
Juruterbang Pakistan International Airlines dirakam tidur sebaik berlepas dari Islamabad ke London.
Seorang penumpang memberitahu ketua pramugara mendakwa mereka berasa tidak selamat berada di ketinggian 30,000 kaki sementara kapten Amir Akhtar Hashmi sedang tidur.
Juruterbang yang juga bekas Presiden Persatuan Juruterbang Pakistan Air Lines dilaporkan digantung sementara menunggu siasatan.
Ia bukan sesuatu yang luar biasa untuk juruterbang berehat sementara untuk penerbangan jarak jauh, namun ia biasanya dilakukan di dalam kabin kecil terletak di belakang kokpit, jauh dari pandangan penumpang
Sumber :Sinarharian
0 comments: