Sunday, May 7, 2017

Dua terbunuh letupan bom di Manila





MANILA - FILIPINA. Dua letupan bom menyebabkan dua terbunuh dan mencederakan sekurang-kurangnya enam lagi semalam, lapor CNN.

Ketua Ibu Pejabat Polis Negeri, Oscar Albayalde mengesahkan letupan tersebut berlaku di daerah Quiapo dan tidak menemui sebarang petunjuk keganasan.

i pakej,  dalam kedua-dua kejadian, dua mangsa yang maut dipercayai orang yang menyampaikan pakej tersebut beserta dengan penerima, empat orang lagi cedera.
“Manakala dalam letupan kedua yang berlaku beberapa jam selepas itu, mencederakan dua pegawai polis,” katanya kepada pemberita.

Pengeboman tersebut dipercayai ada kaitan dengan puncak persidangan Persatuan Negara-Negara Asean di mana ia menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan kebudayaan di rantau ini.

Pihak polis bagaimanapun menolak kemungkinan serangan ini bermotifkan keganasan untuk mengancam persidangan tersebut.

Previous Post
Next Post
Related Posts

0 comments: