Friday, May 12, 2017

Akta 355 berbangkit dalam pertemuan Azmin-PAS


Banyak perkara dikaitkan sebagai punca keruhnya hubungan PKR-PAS, termasuklah gara-gara konsert penyanyi dance-pop Amerika Syarikat Selena Gomez di Shah Alam pada 25 Julai lalu.
Bagaimanapun, sebab nombor satu dalam tiga senarai PAS semalam, berkaitan usaha PAS meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.
Menteri Besar Datuk Azmin Ali pagi tadi enggan mendedahkan butiran berkaitan pertemuan 60 minit pagi tadi dengan tiga exco PAS dan pesuruhjaya negerinya di Shah Alam pagi tadi.

Bagaimanapun, menurut sumber yang mengetahui pertemuan itu, isu berkaitan usul Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu berbangkit semula dalam pertemuan itu.

Setelah dituduh “menentang agenda Islam”, seperti usul Hadi, Azmin dikatakan turut meluahkan rasa kecewanya di hadapan empat pemimpin kanan PAS negeri itu.
Sumber juga berkata Azmin membangkitkan kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 April lalu, yang melihat pelbagai aspek Mahkamah Syariah dan bukan hanya aspek hukuman seperti dicadangkan Hadi.
Ia termasuk isu keutuhan, kebebasan dan kecekapan kehakiman Mahkamah Syariah, sistem penjara, program latihan, infrastruktur lebih baik dan belanjawan yang bersesuaian.
“Dengan kenyataan 8 April itu, tuduhan Majlis Syura PAS bahawa PKR khianati tahalus siyasi tak boleh diterima oleh PKR,” kata sumber kepada Malaysiakini.
Azmin pagi tadi memanggil tiga exco PAS dalam kerajaan negeri – Datuk Iskandar Samad, Zaidy Abdul Talib dan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi – dan pesuruhjaya baru parti itu Sallehen Mukhyi.
Penjelasan daripada pemimpin-pemimpin kanan PAS Selangor itu akan dibawa ke perhatian Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail untuk tindakan lanjut.
Majlis Syura Ulama semalam mengumumkan kerjasama politik bersama PKR terbatal atas alasan parti itu banyak melanggar syarat-syaratnya.
Selain Akta 355, PAS juga menuduh PKR khiatat dengan bekerjasama dengan pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Kelantan dan menentang PAS dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, iaitu serpihannya Parti Amanah Negara (AMANAH).
PAS meletakkan tindakan politik dan urusan pentadbiran negeri Selangor kepada jawatankuasa kerja pusatnya dengan membangkitkan isu maslahah dan kepentingan Islam serta rakyat.
Sumber  :  Malaysiakini
Previous Post
Next Post
Related Posts

0 comments: